![]() |
| Antara kenderaan ke sekolah... |
Tahun 1969, aku bersekolah di SKKK. Jarak daripada tempat tinggal lebih kurang 15km.
Pagi-pagi dah bersiap dan berjalan berkumpulan menuju ke tempat prebet sapu ambil. Tau kenapa kami terpaksa berjalan ramai-ramai? Kerana laluan jalan kaki kami melalui deretan berek atau kuci (rumah estate) orang India yang rata-rata memelihara anjing. Phobia kena kejar, jangan cakap ler... Kalau kena tinggal dengan rakan-rakan, alamat ponteng sekolah aku.
Aku pernah naik prebet sapu jenis Mercedes (foto) kepunyaan Uncle Maniam. Juga pernah naik Austin Cambridge kepunyaan En. Kamal.
Kami akan berasak-asak, ke dalam kereta sehingga muat untuk 15 orang...
Selang tidak berapa lama, En. Kamal dan Uncle Maniam pun membeli bas. Memandangkan anak-anak nak ke sekolah ramai.
Kalau naik bas En. Kamal kami terpaksa berjalan jauh, menuju ke rumah beliau di Kedai Runcit Kaka... Manakala bas Uncle Maniam, separuh perjalanan, sebab berdekatan dengan berek kami...
