Wednesday, September 27, 2017
Taman NZ, Senawang, Negeri Sembilan
Video awal 90-an, Peraduan Mewarna untuk kanak-kanak yang tinggal di Taman NZ, Senawang, Negeri Sembilan.
Setelah menjalani proses pemindahan daripada tape ke digital. Memang tidak dapat dinafikan, betapa drop nya kualiti video ini...
Tuesday, September 26, 2017
Repair Kenderaan
Semakin lama semakin kuat bunyi 'knocking' di bahagian tayar hadapan. Bagi kenderaan yang dipakai tidak lasak, hampir enam bulan aku biarkan bunyi tersebut.
Ada kawan berpesan, kalau dah mula berbunyi kenalah pergi bengkel secepat mungkin, dibimbangi Drive Shaft yang rosak...
Lalu aku pun tekad hari ini, bawa kenderaan ke bengkel berdekatan.
Setelah diperiksa oleh mekanik di situ memang sah Absober Mounting telah haus.
Mahu tak mahu, kena tukar, sebab alang-alang dah masuk bengkel.
Aku pernah tukar Mounting Absorber ni dahulu, maybe satu setengah tahun dulu.
Ini kali kedua aku tukar benda ini.
Apabila sudah buka untuk tukar absorber mounting terjumpa pulak Lower Arm yang sudah rosak dan sebelah lagi hampir-hampir hendak rosak.
Keputusannya, tukar sepasang...
Sila abaikan No. Plate ini...😀😀😀😀😀 ianya telah ditouch-up...

Absober Mounting. credit to Mudah.my
Saturday, September 16, 2017
Musim Hujan
Sudah dua hari hujan turun dengan lebatnya. Diselangi dengan angin kencang. Begitulah lumrahnya kehidupan di sebuah perkampungan pinggir laut. Angin menderu kuat hingga kedengaran seperti anak muda bersiulan.
Air mula memenuhi jalan kampung; kiri kanan bendang. Sekali pandang macam lautan, mana tidaknya, batas-batas sawah pun tenggelam.
Hari ketiga, matahari mula menjenguk, air pun mulai surut. Kelihatan seorang pakcik tengah melayan kerenah budak-budak kampung dengan memukat ikan darat. Ikan darat? Ya, di sini orang panggil ikan darat merujuk kepada ikan air tawar. 😏
Banyak kedapatan ikan tilapia dan juga haruan. Berebut-rebut menjerit, gelak ketawa mereka. Hendak pegang ikan pun geli. 😀

Teringin juga hendak merasa bagaimana kalau meranduk air bendang ini...
Pelancong yang melalui jalan sempit di tengah bendang tumpang kegembiraan kanak-kanak berebut ikan.
Sukar menangkap ikan yang terlompat-lompat. Geli dan takut bercampur baur.
Thursday, September 14, 2017
Nasi Kerabu
Pagi ni sarapan nasi kerabu... Ada warung di tepi Kuala Melaka... bukan di Melaka, akan tetapi di Pulau Langkawi. Tempat duduk terhad... oleh kerana aku solo, terpaksa berkongsi meja dengan penduduk tempatan...
Sambil menelinga perbualan, umpama mendengar radio... resam kehidupan kena bermasyarakat dengan penduduk tempatan. Kalau tak ada isu, aku diam sahaja menghabiskan makanan yang terhidang.
Penuh dalam sosmed berita lebih 20 pelajar dan guru disahkan maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur pagi tadi.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ sudah sunnatullah setiap kehidupan berakhir dengan kematian. Allah yang Kekal memerintah sekelian isi alam...

Nasi Kerabu + Teh Tarik = RM8.50
Wednesday, September 13, 2017
Daging Arnab
Aku bukan pengusaha, juga bukan penternak arnab. Oleh kerana kecomelan haiwan ini, telah menarik minat anak aku untuk memeliharanya.
Rupa-rupanya, bila anak aku menyambung pelajaran di IPTA, aku agak kesuntukan masa untuk memerhatikan arnab peliharaan ini. Lalu aku ambil keputusan untuk menyembelih haiwan ini, sekurang-kurangnya ringan sikit beban menjaganya.
Aku telah biasa menyembelih dan memakan daging arnab. Memang mula-mula agak janggal, sebab rata-rata adik beradikku yang ramai tidak sanggup hendak menjamahnya. Itu dulu, kisah 30 tahun silam.
Kini, aku bertagak-tagak untuk menyembelih… timbul rasa saya dan kesian. Ah… lupakan perasaansentimentol sentimental itu. Haiwan halal dimakan, apa kisah… Dan untuk kesekian kalinya, aku tekad.
Zaman sekarang, segala-galanya mudah; semuanya dihujung jari untuk mencari info terperinci tentang haiwan ini. Antaranya, saya sering rujuk ke web ini: https://nordinsidin-rabbitbiz.blogspot.my/
Rupa-rupanya, bila anak aku menyambung pelajaran di IPTA, aku agak kesuntukan masa untuk memerhatikan arnab peliharaan ini. Lalu aku ambil keputusan untuk menyembelih haiwan ini, sekurang-kurangnya ringan sikit beban menjaganya.
Aku telah biasa menyembelih dan memakan daging arnab. Memang mula-mula agak janggal, sebab rata-rata adik beradikku yang ramai tidak sanggup hendak menjamahnya. Itu dulu, kisah 30 tahun silam.
Kini, aku bertagak-tagak untuk menyembelih… timbul rasa saya dan kesian. Ah… lupakan perasaan
Zaman sekarang, segala-galanya mudah; semuanya dihujung jari untuk mencari info terperinci tentang haiwan ini. Antaranya, saya sering rujuk ke web ini: https://nordinsidin-rabbitbiz.blogspot.my/
Subscribe to:
Comments (Atom)