Ambil nombor dulu, baru tunggu. Kalau tak ambil nombor, sampai bila pun kita tidak akan dipanggil...Pagi-pagi lagi aku dah bergegas ke hospital.
Appointment hari ini, biar awal, jangan jadi seperti minggu lepas, dapat nombor ke-19! Berbaloi juga sebab sekurang-kurangnya hari ini aku dapat nombor ke-9! Lagi cepat jumpa doktor lagi baik. Penantian itu satu penyeksaan. Terseksa melihat gelagat manusia; lelaki berpakaian sopan berbanding perempuan.
Semasa menanti giliran, aku terpandang kat depan aku seorang
uncle yang pakai baju,
sejibik ops! silap.... sebijik macam baju aku.
Hih hih hih ... nak tahu apa perasaan aku?
Pertama: Aku doakan supaya uncle tu cepat dipanggil doktor, dan terus beredar.
Kedua: Moga-moga tiada orang yang perasan, terutama bini
uncle tersebut. Orang perempuan mudah terperasan.
Ketiga: Harap-harap janganlah
uncle tu berpaling ke belakang; bimbang nanti dia tanya aku pulak, "Cantik baju, mana beli?"
Kisah 1:Petang itu Ros (bukan nama sebenar) balik kerja ditemani adik beliau menaiki bas. Lapan belas minit kemudian baru dia terperasan ada seorang penumpang memakai kebaya saling tak tumpah seperti kebayanya. Hik hik hik... Nasib baik ada adik dia tolong
cover, "Rileks ...
cek cover Kak Ros..." kata adiknya sambil membesarkan badan.
Kisah 2:Marzha (bukan nama sebenar) tengah bagi penerangan kepada adik-adik
junior sebuah IPTA yang datang melawat pejabatnya. Tengah leka berucap, tiba-tiba terperasan seorang budak
junior ni seperti tersipu-sipu, terkulat-kulat. Hairan, kenapa
yer?
La... baru Marzha perasan, kebaya hitam bersulam benang emas sama seperti dipakai oleh budak junior ni.... Oleh kerana perkara ini adalah lumrah alam, Marzha tidak kisah... tak terjejas pun kariernya.
Tamat kisah di atas, secara logiknya, biarlah sepuluh orang sekali pun kebetulan pakai baju yang sama, apa kisah. Bukankah manusia pun ada yang wajahnya sama dengan manusia lain. Kata orang tua-tua, kat dunia ni, ada tujuh orang muka yang mirip dengan muka kita. Jadi... rileks la...