Gembiranya aku, bila aku tengok biodata Dato' Hj. Ismail Hashim, kerana beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kedawang, Langkawi (tempat mak aku dilahirkan).Kerjayanya sebagai Guru Agama, Sekolah Kebangsaan Yan (tempat lahir ayah aku).
Semasa kecik dulu-dulu (ketika aku berusia 6 atau 7 tahun) aku pernah berselisih dengan Arwah semasa hendak mandi sungai. Ketika itu aku terdengar beliau mengalunkan ayat-ayat al-Quran sambil berjalan. Wah! Seorang qari akan sentiasa mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran, Alhamdulillah, rezeki beliau, tak seperti kebanyakan orang kita (termasuk aku) yang asyik hmmmm hmmm hmmm mengalunkan lagu yang entahapaapantah! Kelakar sungguh!



