
Pagi-pagi lagi jari aku tersepit. Lukanya boleh tahan, darah keluar semacam tidak mahu berhenti. Wah! Macam mana ni. Aku... kalau boleh tak nak hebohkan perkara ini... nanti ada kawan mencemuh,
"Eleh... luka sebesar semut pun nak kecoh!"Teringat semasa kecik kat kampung, orang tua-tua akan ambil sawang dan ditampalkan kat luka, insya Allah darah akan berhenti. Lalu aku pun melilau sambil terlangut-langut mengelilingi ruang pejabat, namun sukar hendak jumpa sawang. Baguih sungguh kerja kakak
cleaner kami. Bila jumpa (itu pun setelah puas mengintai-intai di bawah meja) sekelumit cuma, aku pun tampalkan kat luka tersebut. Alhamdulillah... berkesan.
Dulu-dulu juga aku teringat, kalau luka ambil daun kapal terbang,

upar dengan tapak tangan
(jangan kunyah! nanti melelong tak jumpa jalan pulang!) dan tampalkan ke luka. Petua ini untuk luka kecil sahaja, kalau luka sebesar mulut kita.. cepat-cepat ke hospital kerana sawang setakat ini belum terjumpa lagi sebesar itu!
Pokok Kapalterbang, Pokok Jepun atau Pokok Jerman merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang atau kebun. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat penahan darah. sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Kapal_TerbangKisah Satu:Dulu-dulu, aku sering terpijak kaca. Tak mampu beli selipar, tapak selipar yang menipis (senipis tisu muka) menyebabkan kaca menembusi tapak kaki aku. Hmmmm... orang-orang tua jiran aku terus ambil serbuk kopi, diletakkan pada luka dan dibalut dengan kain (tak kira reja kain batik atau pelikat). Selang tiga empat hari... sembuh.
Kisah Dua:Bila aku luka kat jari... pakcik aku akan suruh aku depakan tangan panjang-panjang... lepas itu dia kata, "Tak apa, luka tu jauh dari perut... boleh makan lagi!" Huhhh lawak la tu.
Kisah Tiga:Ketika meningkat remaja, bila terlihat jari aku luka, ada seorang minah tu (awek) kata,
"Luka di jari nampak darahnya... luka di hati siapa yang tahu..." Huhh... tajam dan mendalam maknanya tu... Tapi nampaknya aku ni lambat matang agaknya... bila dah tua macam ni... baru tahu maksud tersirat dan terselirat! Dan aku kini dah tahu betapa luka di hati yang tidak nampak darahnya amatlah azab dan perit!