Sesekali merayau tengok map dalam google map seluruh dunia, teringatlah pulak aku menjengok tempat tinggal sepupu aku di Yan, Kedah. Hmmm... baru aku tahu google map yang ada sekarang ini mungkin di'snap' tiga empat tahun lepas.Nak tahu kenapa?
Kerana dua tahun lepas sepupu aku buat rumah ini betul-betul di atas sawah. Dalam google map ni pulak hanya nampak tanah yang ditambak sebuah mendirikan rumahnya.
Punyalah teruja, anak-anak dan juga anak buah aku melihat bendang yang terhampar luas. Angin segar menyapa muka... bunyi cengkerik, katak mendendangkan lagu alam, yang sukar ditafsirkan; gembira berwirid zikir memuji memuja Ilahi...




