Sunday, March 12, 2023

Panggilan dari Hospital

 Dapat panggilan telefon daripada MOPD hospital.

“Encik yang hantar yellow card report daripada doktor dari SOPD tempohari kan?”

“Ya, saya.”

“Ok, sila datang pada 18 April ini untuk ambil darah. Pukul 10:00 pagi ya encik.”

Lepas tu aku terfikir, nak ambil darah procedure nya kena puasa.

“Nak tanya, kena puasa tak?”

“Ya kena puasa, sebab tarikh itu bulan Ramadan.”

Ambik kau… 



Nota kaki:

* Selalunya kalau nak ambil darah di hospital kena puasa (tidak mengambil sebarang bentuk pemakanan kecuali air. Bermula jam 10 malam hinggalah selepas ambil darah)

* MOPD - Medical Out-Patient Department

Medical Out-Patient Departments (MOPDs) are facilities within a hospital that offer specialty medical care to patients who require treatment but do not need to stay overnight. MOPD services include preventive care, diagnosis and treatment of illnesses, as well as health maintenance and follow-up care.

Sunday, January 22, 2023

Plan Yodoo



Plan Yodoo
Kali ini aku ambik Data 40 GB. Sejak ada HP EliteBook, terpaksa ambik Pakej Data lebih sikit. Kenapa aku ambil 40 GB?
Sebabnya: 
20GB - RM20.00
30GB - RM35.00
40GB - RM40.00 😀

Bila aku nak surfing kat Notebook HP, guna data melalui hotspot melalui telefon bimbit. 

Wednesday, January 5, 2022

Astana Karya, Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Tercatat tarikh: 6/10/2010 time: 4:00 petang, kerja-kerja pemasangan papan tanda Astana Karya, Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Sunday, November 7, 2021

Kidney Stones

23 Sept start sakit pinggang 
28 Sept pergi PKK, ujian urin
29 Sept pergi PKK, ambik darah 

20 Oct pergi PKK,  result darah, dapat surat untuk rawatan Ultrasound di hospital
27 Oct  pergi hospital ujian Ultrasound 
28 Oct bawa result ultrasound (ada dua biji kidney stone berukuran 0.3cm dan 0.7cm) ke PKK
dapat surat rawatan susulan ke hospital
SOPD 

10 Nov appointment dengan doktor, pinggang masih sakit walaupun dah dalam tempoh untuk jumpa doktor, aku berikhtiar dengan rawatan homeopati...

Thursday, September 30, 2021

IMPIAN & REALITI ALAM PERSARAAN BANI MELAYU




DrZaharuddin Group:
Got this msg from another group. Good reminder for all.

Banyak catatan saya adalah penelitian dari liku-liku pengalaman hidup zaman bekerja yang saya ingin kongsikan pada orang muda.

Anda sendiri mungkin akan mengalami fasa yang sama tetapi eloklah belajar dari pengalaman orang lain agar perjalanan hidup lebih mudah dan bermakna.

Kadangkala tulisan saya cuba menyakat minda anda untuk berfikir. 

Nothing better than learning from other’s experiences, pitfalls, perils and mistakes. 

Ada beberapa perangai orang melayu yang saya perhatikan boleh diperbaiki dan disesuaikan dengan zaman sekarang terutama mereka yang sedang memasuki alam persaraan. 

Antaranya ialah:

1. Keinginan rumah besar 10 bilik. 
Beberapa rakan yang bekerja sebagai ejen hartanah memberitahu saya bahawa trend sekarang ialah pasangan berumur menjual banglo mereka dan berpindah kepada rumah teres atau condo yang lebih kecil. 

Semasa umur muda mereka bertungkus lumus mencari duit dan hutang bertimbun membeli rumah besar agar semua anak selesa apabila balik beraya. 

Tetapi hakikatnya, 350 hari dalam setahun, hanya kesunyian di rumah kerana anak-anak sudah mempunyai keluarga dan rumah sendiri. 

Atok hanya mendiami satu bilik dan sembilan bilik lain dipenghuni oleh jin. 

Lagi pun bukan mudah membuat penyelenggaraan rumah besar dalam usia tua. 

Anak yang balik raya sekarang ini boleh menyewa homestay atau hotel untuk beberapa hari. 

Lebih menyedihkan hutang rumah besar masih belum langsai walaupun kubur sudah kata mari. 

Fikir-fikirlah samada anda perlu bertungkus lumus bermatian membeli rumah besar yang akan menjadi white elephant dan dijual semula oleh anak-anak apabila ketiadaan orang tua nanti. 

Worst, rumah besar menjadi fitnah rebutan harta pusaka para waris. 

2. Keinginan nafsu memiliki Vellfire. 
Setiap orang pencen bercita-cita memiliki vellfire kerana kereta besar ini boleh membawa ramai ahli keluarga dengan comfy. Sebenarnya kereta berstatus tinggi ini bukan murah dan mempunyai kos penyelenggaraan yang tinggi. 

Apabila ditanya kepada seorang rakan kenapa beliau kerap memakai Proton Iriz walaupun mempunyai Vellfire, 

“Sangat convenient bawa kereta kecil pergi kedai short errants dan parking pun mudah” balas beliau yang mengaku memakai Vellfire sekali dua dalam sebulan sahaja. 

Apabila difikir secara rasional adakah berbaloi menyimpan satu kenderaan yang mempunyai kos penyelenggaraan, insurance dan cukai jalan yang tinggi tetapi digunakan sekali sekala?

3. Cita-cita besar memiliki tanah durian 10 ekar. 
Kerap saya mendengar rakan-rakan yang ingin berkebun selepas bersara mengusahakan ladang durian 10 ekar. 

Walaupun ianya satu impian yang bagus, menanam durian memerlukan komitmen dan modal yang tinggi. 

Saya selalu menasihatkan agar impian tersebut dimulakan secara kecilan dari usia muda, bukan ketika badan sudah kerepot. 

Kecuali jika anda ingin mengupah pekerja asing menjaga kebun, kesemua kerja kebun terpaksa dibuat sendiri seperti membaja, meracun, weeding, pruning, dan memungut buah. Itu semua memerlukan tenaga empat kerat. 

Kebiasaan bila rakan-rakan pencen bertanya berkenaan hobi tanaman durian, saya akan menjawab,

“Elok kau beli aje durian kat kedai bila teringin nak makan. Jangan menyusahkan diri nak tanam sendiri pokok durian diusia tua. Don’t buy a cow to drink milk. Just buy the milk at the supermarket”. Tentunya rakan faham apa maksud saya itu. 

4. Hasrat Grand Wedding untuk anak. 
Beberapa rakan saya menghabiskan duit simpanan beratus ribu untuk anjur majlis perkahwinan di hotel 4 star. 

Walaupun upacara sehari sahaja tetapi majlis perkahwinan dibuat paling meriah dan gah sekali. 

Saya tidak mahu komen lebih berkenaan perkara ini tetapi berpendapat adalah lebih baik kos belanja tersebut diserah pada young couple untuk membina hidup baru. 

Lebih menyayat hati, setelah berbelanja ratusan ribu ringgit untuk perbelanjaan perkahwinan yang gah, pasangan tersebut bercerai sebelum anniversary mereka yang pertama.

Cukuplah sekadar majlis simple dan ala kadar yang dituntut oleh agama. 

5. Impian bersara mahu duduk masjid. 
Ini kerap saya dengar dari rakan yang akan berpencen. 

“Aku nak duduk masjid selepas pencen. Jadi noja masjid pun tak apa” tegas rakan saya. 

Impian kemasjid lima waktu adalah sangat baik tetapi jika tidak menjadi tabiat dari muda ianya bukan perkara mudah. 

Hati perlu dipupuk untuk berpaut pada masjid sebelum pencen agar ianya dijadikan sebagai habit. 

Hakikatnya, bila sudah tua ganyut hati tersangat liat. 

6. Impian travel satu dunia. 
Semua mempunyai impian travel satu dunia apabila pencen tetapi hobi ini memerlukan banyak wang dan sihat tubuh badan. Saya nasihatkan agar rakan-rakan belajarlah travel sedikit demi sedikit diusia muda dan bila bersara nanti, badan dan poket tidaklah terkejut. 

Seorang rakan terlalu asyik dan gamit travel selepas bersara sehinggakan habis semua duit epf beliau dalam setahun. Selepas itu beliau menjadi murung dan mengalami depression. 

7. Impian untuk bekerja sehingga mati. 
Ramai rakan saya yang gelisah selepas bersara dan sibuk mencari pekerjaan lain kerana tidak bersedia dari segi moral dan belanjawan. Jika pekerjaan dianggap seperti hobi tidak mengapa asalkan tiada stress tinggi. 

Untuk bersara perlu proper planning, right mental dengan pasif income yang mencukupi. Bacalah artikel saya mengenai persediaan sebelum pencen. 

Barulah boleh ‘Bersara Dengan Bergaya’. 

Wallahua’lam. 
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
FB: Zainuddin Omar 

*******

Petunjuk Nabawi 66:

Madinah Airport


Petunjuk Nabawi 66:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ وَإِذَا لَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ عِنْدَ طَعَامِهِ قَالَ أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ 

Daripada Jabir bin 'Abdullah Sesungguhnya dia mendengar Rasulullah 
   صلى الله عليه وسلم
bersabda: "Jika seseorang masuk ke rumahnya dan menyebut nama Allah ketika dia masuk dan ketika hendak makan, maka syaitan berkata (kepada kuncunya); 'Kalian tidak boleh menginap dan tidak boleh makan malam! ' Jika ketika masuk ia tidak menyebut nama Allah maka syaitan berkata; 'Kalian boleh masuk dan menginap.' Jika seseorang tidak menyebut nama Allah sewaktu hendak makan, maka syaitan berkata; 'Kalian boleh menginap dan makan malam malam.(Riwayat Muslim 2018).

Wednesday, September 1, 2021

Apa itu UFEME test


A urinalysis is a simple test that looks at a small sample of your urine. It can help find problems that need treatment, including infections or kidney problems. It can also help find serious diseases in the early stages, like kidney disease, diabetes, or liver disease.8 Aug 2016

Thursday, June 24, 2021

Musim Haji 2018M

Kalendar 1439H
App Pacer yang aku install dalam telefon bimbit. Aku setkan 10K langkah.

Selesai musim haji, habis aktiviti berjalan 10K langkah sehari...


Monday, June 14, 2021

Kediaman aku dan famili masa lalu...

Pernah tinggal menyewa di sini tahun 90-an. Bandar Manjalara, Kuala Lumpur. Sewa RM750 sebulan.
Beli rumah di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, akhirnya jual kerana berhijrah pencen di utara tanahair.

Tuesday, June 8, 2021

Jawapan logik bagi penyebar dalam group WhatsApp...

[07/06, 2:58 pm] Shukri: Betul Ke Maklumat Ini ?

Singapura telah menjadi negara pertama di dunia yang melakukan bedah siasat (bedah siasat) untuk mayat Covid-19. Selepas siasatan menyeluruh, ia berjaya. mendapati bahawa Covid-19 tidak wujud sebagai virus, melainkan bakteria yang telah terdedah kepada radiasi dan menyebabkan kematian manusia oleh pembekuan dalam darah.

Penyakit Covid-19 telah didapati menyebabkan pembekuan darah, yang menyebabkan pembekuan darah pada manusia dan menyebabkan pembekuan darah di urat, yang menyukarkan seseorang untuk bernafas kerana otak, jantung dan paru-paru tidak dapat menerima oksigen, menyebabkan orang mati dengan pantas.

Untuk mencari punca kekurangan tenaga pernafasan, doktor di Singapura tidak mendengar protokol WHO dan melakukan autopsi pada COVID-19. Setelah doktor membuka lengan, kaki, dan bahagian tubuh yang lain dan memeriksanya dengan teliti, mereka melihat bahawa saluran darah dilatasi dan dipenuhi dengan gumpalan darah, yang menghalang aliran darah dan juga mengurangkan aliran oksigen. Di dalam badan menyebabkan kematian pesakit. 

Setelah mengetahui mengenai penyelidikan ini, Kementerian Kesihatan Singapura segera mengubah protokol rawatan untuk Covid-19 dan memberikan aspirin kepada pesakit positifnya. Mereka mula mengambil 100 mg dan Imromac. Akibatnya, pesakit mulai pulih dan kesihatannya mulai bertambah baik. Kementerian Kesihatan Singapura memindahkan lebih daripada 14,000 pesakit dalam satu hari dan menghantar mereka pulang.

Setelah beberapa lama penemuan ilmiah, para doktor di Singapura menjelaskan metode perawatannya dengan mengatakan bahawa penyakit ini adalah trik global, “Ini hanyalah pembekuan di dalam pembuluh darah (pembekuan darah) dan metode perawatan.

Tablet antibiotik Anti-radang dan ambil antikoagulan (aspirin)

Ini menunjukkan bahawa mungkin untuk merawat penyakit ini.

Menurut saintis Singapura yang lain, ventilator dan unit rawatan intensif (ICU) tidak diperlukan. Protokol untuk kesan ini telah diterbitkan di Singapura. China sudah mengetahui perkara ini, tetapi tidak pernah mengeluarkan laporannya.

Kongsi maklumat ini dengan keluarga, jiran, kenalan, rakan dan rakan sekerja anda sehingga mereka dapat menghilangkan rasa takut terhadap Covid-19 dan sedar bahawa ini bukan virus, tetapi bakteria yang hanya terdedah kepada radiasi. 

Hanya orang yang mempunyai imuniti yang sangat rendah yang harus berhati-hati. Sinaran ini juga menyebabkan keradangan dan hipoksia. Mangsa harus mengambil Asprin-100mg dan Apronik atau Paracetamol 650mg.

Sumber: Kementerian Kesihatan Singapura
** ini disampaikan ke sy..

[07/06, 3:06 pm] Awang: Pada pandangan saya, menyebarkan maklumat dengan soalan ini bukan cara mendapatkan kebenaran. Kerana ianya tidak menjadi soalan, ia akan lebih kepada tersebar.
[07/06, 3:07 pm] Awang: Sedangkan kita bertanggungjawab menentukan kesahihan sebelum menyebarkannya
[07/06, 3:07 pm] Awang: إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَزِلُّ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِق– رواه البخاري
“Seorang hamba itu apabila dia bercakap tentang satu perkataan yang dia sendiri tidak selidiki (akan kebenarannya), maka dia akan tergelincir ke dalam neraka yang jauhnya adalah sejauh arah timur."

[07/06, 3:09 pm] Daud: simple je.
tak pasti ..
jangan kongsi.
stay safe.


[07/06, 3:11 pm] Awang: Mohon maaf jika tulisan sy ada terkasar bahasa .
[07/06, 3:20 pm] Amin: Betullah apa yg haji kata tu... tak perlu mintak maaf.
[07/06, 3:31 pm] Ahmad: Betul

Thursday, June 3, 2021

Bacaan Yaasin dan Istighfar

• Bacaan YAASIN SELURUH NEGARA
• Istighfar 100x

• Tarikh : 3 Jun - 12 Julai 2021
• Setiap hari sehingga 12 Julai 2021
• Tempat: Kediaman masing-masing 
• Waktu : 6.30 hingga 7.00 pagi

Niat untuk keselamatan negara dan dihapuskan keseluruhan virus covid19 di muka bumi ini... dan Islam tertegak di bumi Malaysia.

Jangan  lupa ya sahabat semua... Moga kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH..

Hebahkan dengan kawan-kawan ya supaya lebih ramai dapat menyertai untuk kebaikan kita semua.  آمين


Ambillah waktu, istiqamahkan amalan ini. Paling kurang 10 minit masa yang diperlukan, insya Allah semoga Allah menerimanya sebagai amalan soleh.

Alahai rokok



Wednesday, March 24, 2021

Ayat-ayat wirid

Doa Saiyidul Istighfar



Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang disembah kecuali Engkau, Engkau menciptakanku dan aku hambaMu, dan aku di atas perintahMu dan perjanjianMu semampuku, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan apa jua yang telah aku perbuat, aku mengaku kepada Engkau dengan segala nikmat yang telah Engkau kurniakan ke atasku, dan aku mengaku atas dosa-dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa kesemuanya kecuali Engkau.

Saturday, October 17, 2020

1969 Darjah Satu

Antara kenderaan ke sekolah...

 Tahun 1969, aku bersekolah di SKKK. Jarak daripada tempat tinggal lebih kurang 15km.

Pagi-pagi dah bersiap dan berjalan berkumpulan menuju ke tempat prebet sapu ambil. Tau kenapa kami terpaksa berjalan ramai-ramai? Kerana laluan jalan kaki kami melalui deretan berek atau kuci (rumah estate) orang India yang rata-rata memelihara anjing. Phobia kena kejar, jangan cakap ler... Kalau kena tinggal dengan rakan-rakan, alamat ponteng sekolah aku.

Aku pernah naik prebet sapu jenis Mercedes (foto) kepunyaan Uncle Maniam. Juga pernah naik Austin Cambridge kepunyaan En. Kamal.

Kami akan berasak-asak, ke dalam kereta sehingga muat untuk 15 orang... 

Selang tidak berapa lama, En. Kamal dan Uncle Maniam pun membeli bas. Memandangkan anak-anak nak ke sekolah ramai.

Kalau naik bas En. Kamal kami terpaksa berjalan jauh, menuju ke rumah beliau di Kedai Runcit Kaka... Manakala bas Uncle Maniam, separuh perjalanan, sebab berdekatan dengan berek kami...

 

Tuesday, October 6, 2020

Pelan Rangkaian Telekomunikasi

Tahun 2000 aku mula gunakan telefon bimbit. Paling lama bertahan dengan Celcom, hampir 20 tahun jugak la...
Bayangkan sebulan lebih RM200 X 20 tahun, berapa kena bayar?
Tapi kini, setelah pencen, terpaksalah aku terminate rangkaian tersebut, lalu mencari-cari pakej yang sesuai... 
Akhirnya aku guna Yoodo (Celcom juga) ... bawah RM50 sebulan...
 
Pilihan data dan harga seperti di bawah:- 
DATA     VOICE  
2Gb  RM12   50min  RM5
5Gb RM25   100min RM7
10GB RM35   200min  RM9
15GB RM40   2000min RM12
20GB RM20      
30GB RM58   SMS  
40GB RM68   50 RM3
50GB RM78   100 RM5
75GB RM88   200 RM8
100GB  RM98   300 RM12     
Bulan lepas hanya RM34.00
Bulan ini RM42.00 sebab tambahan yang fikir perlu untuk bulan depan.

 

Aku tak pilih benda mengarut seperti ini sebab usia pencen... 
banyakkanlah habis masa dengan anak isteri.

 

Notice nak pancing hati pelanggan. Kira ok ler tu... Zaman sekarang hadiah paling berharga adalah data internet. 👌

Our humblest apologies for the recent service outage. We understand how important it is for you to stay connected.
To make up for it, all active Yoodo plans will receive FREE 2GB Data.
We have credited it into your account automatically on 6 Oct 2020 at 12.01am, valid to use till your current plan expires.
Apologies again for the inconvenience caused.

Wednesday, October 11, 2017

Kota Belanda, Pulau Pangkor

Kisah tahun 2009 ketika aku dan famili ke Pulau Pangkor, Perak. Menginap di Nipahmas Chalet di Teluk Nipah. Apabila semua ahli keluarga aku letih dengan aktiviti laut, aku menunggang motorsikal berseorangan menjelajah seisi pulau ini.
 Salah satu tempat menarik, Kota Belanda.

Fakta yang aku perolehi dari Info yang terdapat di kota ini.
Kota ini telah dibina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Rakyat tempatan yang tidak setuju dengan cara belanda memperolehi bijih timah tersebut telah membina kota ini pada tahun 1690.
Belanda telah membinanya semula pada tahun 1743 dan menempatkan seramai 60 orang pengawalnya di sini hingga tahun 1748. Selepas dari tarikh tersebut ia tidak digunakan lagi…


Kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Bendapurba 1976 dalam seksyen No. 242, Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 21hb. Mac 1978.

Menurut akta ini, sesiapa yang didapati bersalah melakukan pencerobohan dan kerosakan ke atas menumen lama dan tapak tanah bersejarah boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada tiga (3) bulan atau denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00) atau kedua-duanya.


This fort was built by the Dutch in 1670 for storage and protection of tin supplies from Perak. This fort was destroyed in 1690 by the Malays who were discontented with the methods used by the Dutch in obtaining the mineral. It was rebuilt by the Dutch in 1743 and a force of 60 soldiers were placed to guard the fort until 1748 when the force was disbanded and the for abandoned.

Wednesday, September 27, 2017

Taman NZ, Senawang, Negeri Sembilan



Video awal 90-an, Peraduan Mewarna untuk kanak-kanak yang tinggal di Taman NZ, Senawang, Negeri Sembilan.



Setelah menjalani proses pemindahan daripada tape ke digital. Memang tidak dapat dinafikan, betapa drop nya kualiti video ini...

Tuesday, September 26, 2017

Repair Kenderaan

Semakin lama semakin kuat bunyi 'knocking' di bahagian tayar hadapan. Bagi kenderaan yang dipakai tidak lasak, hampir enam bulan aku biarkan bunyi tersebut.




Sila abaikan No. Plate ini...😀😀😀😀😀 ianya telah ditouch-up...

Ada kawan berpesan, kalau dah mula berbunyi kenalah pergi bengkel secepat mungkin, dibimbangi Drive Shaft yang rosak...
Lalu aku pun tekad hari ini, bawa kenderaan ke bengkel berdekatan.
Setelah diperiksa oleh mekanik di situ memang sah Absober Mounting telah haus.
Mahu tak mahu, kena tukar, sebab alang-alang dah masuk bengkel.
Aku pernah tukar Mounting Absorber ni dahulu, maybe satu setengah tahun dulu.
Ini kali kedua aku tukar benda ini.
Apabila sudah buka untuk tukar absorber mounting terjumpa pulak Lower Arm yang sudah rosak dan sebelah lagi hampir-hampir hendak rosak.
Keputusannya, tukar sepasang...


Absober Mounting. credit to Mudah.my

Yang ini pulak Lower Arm. credit to Mudah.my

Resit pembayaran...

Saturday, September 16, 2017

Musim Hujan

Sudah dua hari hujan turun dengan lebatnya. Diselangi dengan angin kencang. Begitulah lumrahnya kehidupan di sebuah perkampungan pinggir laut. Angin menderu kuat hingga kedengaran seperti anak muda bersiulan.
Air mula memenuhi jalan kampung; kiri kanan bendang. Sekali pandang macam lautan, mana tidaknya, batas-batas sawah pun tenggelam.
Hari ketiga, matahari mula menjenguk, air pun mulai surut. Kelihatan seorang pakcik tengah melayan kerenah budak-budak kampung dengan memukat ikan darat. Ikan darat? Ya, di sini orang panggil ikan darat merujuk kepada ikan air tawar. 😏
Banyak kedapatan ikan tilapia dan juga haruan. Berebut-rebut menjerit, gelak ketawa mereka. Hendak pegang ikan pun geli. 😀
Teringin juga hendak merasa bagaimana kalau meranduk air bendang ini...
 Pelancong yang melalui jalan sempit di tengah bendang tumpang kegembiraan kanak-kanak berebut ikan.
 Sukar menangkap ikan yang terlompat-lompat. Geli dan takut bercampur baur.

Thursday, September 14, 2017

Nasi Kerabu

Pagi ni sarapan nasi kerabu... Ada warung di tepi Kuala Melaka... bukan di Melaka, akan tetapi di Pulau Langkawi. Tempat duduk terhad... oleh kerana aku solo, terpaksa berkongsi meja dengan penduduk tempatan...
Sambil menelinga perbualan, umpama mendengar radio... resam kehidupan kena bermasyarakat dengan penduduk tempatan. Kalau tak ada isu, aku diam sahaja menghabiskan makanan yang terhidang.
Penuh dalam sosmed berita lebih 20 pelajar dan guru disahkan maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur pagi tadi.
 ‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ sudah sunnatullah setiap kehidupan berakhir dengan kematian. Allah yang Kekal memerintah sekelian isi alam...









Nasi Kerabu + Teh Tarik = RM8.50

Wednesday, September 13, 2017

Daging Arnab

Aku bukan pengusaha, juga bukan penternak arnab. Oleh kerana kecomelan haiwan ini, telah menarik minat anak aku untuk memeliharanya.

Rupa-rupanya, bila anak aku menyambung pelajaran di IPTA, aku agak kesuntukan masa untuk memerhatikan arnab peliharaan ini. Lalu aku ambil keputusan untuk menyembelih haiwan ini, sekurang-kurangnya ringan sikit beban menjaganya.

Aku telah biasa menyembelih dan memakan daging arnab. Memang mula-mula agak janggal, sebab rata-rata adik beradikku yang ramai tidak sanggup hendak menjamahnya. Itu dulu, kisah 30 tahun silam.

Kini, aku bertagak-tagak untuk menyembelih… timbul rasa saya dan kesian. Ah… lupakan perasaan sentimentol sentimental itu. Haiwan halal dimakan, apa kisah… Dan untuk kesekian kalinya, aku tekad.



Zaman sekarang, segala-galanya mudah; semuanya dihujung jari untuk mencari info terperinci tentang haiwan ini. Antaranya, saya sering rujuk ke web ini: https://nordinsidin-rabbitbiz.blogspot.my/

Thursday, November 3, 2016

15 Ilmu Untuk Tafsir al Quran

Perkongsian daripada Whatsapp Group. Semoga ada manfaatnya... Insya Allah

Al Quran adalah kitab suci yang diturunkan untuk panduan hidup manusia. Ayat-ayatnya perlu ditafsirkan. Isi kandungannya perlu digali dan difahami.
Dari fb Ustaz Firfaus Al Abqaf

*Ada 15 ilmu yang dapat membantu seseorang dalam mentafsirkan ayat-ayat al Quran dengan baik dan benar.* 

Ilmu - ilmu tersebut adalah :
1. Ilmu Lughat (filologi), iaitu ilmu untuk mengetahui makna setiap perkataan Al-Quran. 
2. Ilmu Nahu (etimologi/tata bahasa). Sangat penting mengetahui ilmu Nahu. Ia adalah ilmu  berkaitan dengan baris akhir perkataan Arab. Baris akhir ini ditentukan oleh i'rab perkataan tersebut. Berubah sahaja baris akhir satu perkataan, berubah lah makna yang dikandung oleh ayat tersebut.   
3. Ilmu Sorof (perubahan bentuk kata). Mengetahui ilmu sorof sangat penting, kerana perubahan sedikit bentuk suatu kata akan mengubah maknanya. Ibnu Faris berkata, “Jika seseorang tidak mendapatkan ilmu sharaf, berarti ia telah kehilangan banyak sekali.” 
4. Ilmu Isytiqaq (akar kata). Mengetahui ilmu isytiqaq sangatlah penting. Dengan ilmu tersebut dapat diketahui asal-usul suatu perkataan. 
5. Ilmu Ma’ani. Ilmu ini sangat penting diketahui. Dengannya, seseorang dapat mengetahui makna yang tersurat dan tersirat dalam susunan suatu ayat.  
6. Ilmu Bayaan, iaitu ilmu yang mempelajari makna kata yang zahir dan yang tersembunyi, juga mempelajari kiasan serta permisalan kata.
7. Ilmu Badi', iaitu  ilmu yang mempelajari keindahan bahasa. 
Ketiga bidang ilmu di atas juga disebut sebagai cabang ilmu balaghah, yang sangat penting dimiliki oleh para pakar tafsir. Al-Quran adalah mukjizat yang agung. Dengan ilmu-ilmu di atas, kemukjizatan Al-Quran dapat diketahui.
8. Ilmu Qira’at. Ilmu ini sangat penting dipelajari, kerana perbezaan bacaan dapat mengubah makna ayat. Ilmu ini membantu menentukan makna paling tepat di antara makna-makna suatu kata.
9. Ilmu Aqa’id. Ilmu yang sangat penting dipelajari ini mempelajari dasar-dasar keimanan. 
10. Usul Fiqh. Dengan ilmu ini dapat diambil dalil serta penggalian hukum suatu ayat.
11. Ilmu Asbabun-Nuzul. Ilmu untuk mengetahui sebab-sebab turunnya ayat Al-Quran. Dengan mengetahui sebab-sebabnya, kadangkala maksud suatu ayat bergantung pada pengetahuan tentang asbabun-nuzulnya.
12. Ilmu Nasikh Mansukh. Dengan ilmu ini dapat dipelajari suatu hukum yang sudah dihapus dan hukum yang masih tetap berlaku.
13. Ilmu Fiqh. Ia berkaitan dengan hukum-hakam permasalahan ibadah dan muamalah. 
14. Ilmu hadis. Ilmu untuk mengetahui hadis-hadis yang menafsirkan ayat-ayat Al-Quran.
15. Ilmu Wahbi. Ilmu khusus yang diberikan Allah kepada hamba-Nya yang istimewa.
Wallah A'lam

Sunday, September 4, 2016

Sea of Galilee

Ketika aku merayau-rayau melihat foto dalam komputer yang berjumlah ratusan ribu keping, terjumpa foto ni...
Menu tengahari. Ikan yang digoreng rangup adalah hasil tangkapan nelayan di Tasik Galilee. Dengan bantuan En. Google, rupanya kita dapat detect kedudukan masa gambar ni diambil. Just click pada info, GPS! Wah! Senangnya hati sebab tak payah bersusah payah mengingati tempat-tempat yang menjadi sejarah seumur hidup kita.
Rata-rata pengguna kamera telefon bimbit punya kemudahan ni...
Dengar cerita kamera digital biasa pun dah ada mempunyai kemudahan GPS ni... Baguslah.
Klik pada Locate ... inilah maklumat berbentuk GoogleMap yang aku dapat! Senangkan?

Sedikit fakta mengenai Tasik Galilee:
The Sea of Galilee, also Kinneret, Lake of Gennesaret, or Lake Tiberias, is a large freshwater lake in Israel. It is approximately 53 km in circumference, about 21 km long, and 13 km wide. Wikipedia
Area: 64.09 mi²
Surface elevation: -695.8′
Length: 13.05 mi

Wirid dan Zikir

Sekadar share, Hikmat Basmalah 20.
Ni pulak kalau rasa sakit-sakit, cuba ikhtiarkan wirid zikir di bawah ini.
Kalau susah sangat nak lena tika malam dah larut....
Zikir Nabi Khidir / Nabi Ilyas...